Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Tafsir Surah Al Hujurat : 6

Surah Al - Hujurat: 6 Mari kita mentadabbur serba sedikit ayat ini. Moga menjadi manfaat pada kita. Dan, diharapnya memberi kita lebih penghayatan semasa membaca surah ini. Okay, bismillahirrahmanirrahim. Sejak kebelakangan ini bahkan akhir zaman ini, kita telah didedahkan dengan terlalu banyak fitnah dan berita palsu. Sehingga 1 masa kita keliru mana yang benar dan mana yang salah. Malah lebih menakutkan jika kita juga menjadi agen penyebar kepada fitnah tersebut. Inshaallah selepas kita mentadabbur ayat ini, diharapkan kita dapat menjauhi diri kita dari terjebak hendaknya. Di dalam ayat ini, Allah telah meminta orang-orang yang beriman supaya berhati-hati dengan berita daripada orang fasik. Asbabun nuzul ayat ini diceritakan oleh ulama, kisah seorang hamba Allah yang bernama Al-Walid bin Aqabah bin Abi Muid. Diriwayatkan oleh Sa'id Bin Qatadah bahawa Rasulullah s.a.w telah mengutuskan Al-Walid bin Aqabah bi...